Tamat diploma
Dear diary,
Wohoo..result da kua. Alhamdulillah ta de repeat. ibu ayah semacam terkilan. Adik aku dekan tapi aku tidak. Bagi aku matlamat jangka masa panjang dalam diploma ni da tercapai da memadai. GPA part 1 3.46,part2 3.67, part3 3.46, part4 3.6 dan part5 3.33.. see! paling jatuh diantara yg lain. Nasib sempat catch up lagi. kalau tak mesti cgpa ta dapat diselamatkan iaini matlamat aku tu untuk dapat pangkat 1. Alhamdulillah mampu lagi tersenyum. Orang lain tak tahu apa aku rasa,apa yang aku lalui. Nak cakap pun takkan sama dengan apa yg dirasa masa tu. Apa aku dapat setimpal dengan usaha aku. Aku buat perbandingan diri aku dengan kawan-kawan yang dekan. Diaorang sepenuhnya dari awal fokus pada assignment. Kerja diaorang lagi detail dan kemas dari aku. Semua kerja siap. wuu.. aku nak sedih pon tak boleh, sebab aku tahu tempat aku. Terkilan tu mesti ada. Mustahil tak de.Now, pass is pass. Yg kat depan ni kne kejar. Mengejar date line. no last minit lagi.
Good bye diploma, bye Seri Iskadar.
Buka Buku Baru!
(gambar diambil dri lctrer: encik Cloud Nimbus)
(gambar diambil dri lctrer: encik Cloud Nimbus)
Tadi ibu bawa adik aku pergi tengok-tengok motosikal. err... ada perancangan nak belikan untuk dia. Aku, anak sulung, anak perempuan. satu-satunya anak perempuan. Terasa semacam.. Senangnye lahai adik-adik aku dapat apa diaorang nak. Aku nak buat apa-apa macam ada gate je.nak sesuatu susahnye nak dapat.. Ta pela.. Aku senang macamni. lebih berdikari. lebih mencabar. Terlalu bebas sangat pon susah juga. Tanpa keterpaksaan mungkin aku bukan siapa-siapa. Aku ta nak jadi orang yang cepat mengeluh. Aku ta nak jadi orang yang tak berguna. Biar aku berjaya atas usaha aku sendiri. Titik peluh sendiri dan rasai pengalaman itu sendiri.
Aku masih menunggu dan menunggu. Panggilan dapat kerja. hohohoi. Kata nak kol tapi tak kol2.. kerja yg aku dah dapat jauh.gaji sikit. balik lewat. nak ikotkan aku berani je ambik. Tapi ibu tak bagi. Bahaya katanya. Aku mula setuju pendapat ibu bila terdengar berita ade orang seri lalang koma disebabkan kes ragut. Kepala terhantuk di besi penghadang tepi jalan selepas motonya ditolak si peragut tu pada waktu malam. Seram pulak aku. Mudah-mudahan orang tu cepat sedarkan diri dan selamat. amin. Kapten hebat bagi cadangan, kerja je kerani dekat pejabat perladangan depan felda tu. not bad cadangan tu.nape aku tak terfikir. terlalu sangat kejar nak jadi designer. aku ada terfikir untuk jadi guru sampingan tapi terbantut disebabkan rasa gaji tak seberapa. Adik aku support dan cantang pendapat aku tu. Kalau jadi guru nanti walaupun sambung belajar elaun sebagai tenaga pngajar still dapat. Aku rasa macam pernah dengar tapi perlu juga cari kesahihannya. Kesimpulannya, mana-mana je yang rasa aku ada peluang aku akan cuba je untuk dapatkan. hehew. yang penting ada juga duit poket. Risau pulak degree nanti poket kosong. Designer freelance pon boleh. Rebut peluang selagi boleh!
