Dear diary,
Sesuatu yang mustahil bagi kita manusia biasa melimpahi kurnia setiap hari. Walau apa jua bentuk kurniaan itu sekalipun. Yang cerah akan gelap dan yag gelap akan cerah juga.Ini perspektif aku, asalnya. Part5 ni aku semakin rasa nikmat berkawan dalam kelas. Tapi tetap jua rasa kehilangan roomate "tercinton" aku dua orang tu, eynanot dgn zananot. tak lupa Tie juga. Dieorg semua praktikal sem ni. Selama ni dieorg la sahabat aku yg setia kat UITM ni. Pendengar baik, kwn baik, kwn gaduh, kwn mcm2 kwn la.. hehe >.< Best sangat dapat share mcm2 bila dengan dieorg. Dieorg lembut sangat.. semue sama.. mula2 je nampak kasar, da kenal,adoi.. aku rasa aku la makhluk paling kasar dalam bilik tu..haha.. Setianya dieorg dengan aku.sebilik hingga sem 4. Sem ni aku sebilik dengan org lain.. tukar2 org.. rasa mcm WHY IT HAPPEN???!! err.kenape semue macam lari. Whats wrong with me? downnye rase. Aku ni teruk sangat ke. Ta pe la..Mungkin ini satu ujian dari Allah.satu hari ni macam2 menimpa. digigit serangga kat mata ni. berhujan. Pening. erghh.. aku anggap ini kurniaan. Kurniaan yang perlu aku hayati. Selagi hayat dikandung badan. Hasilnya, pemikiran positif mewujudkan suasana lain dari jangkaan. Walau sukar mana untuk dihadapi. Kalau kita percaya itu adalah kurniaan, maka kurniaanlah ia. Kadang-kadang keterbukaan itu wajar, perlu tepat pada masa. Ujian sebenar pada rohani dan fizikal, lahiriah dan mentaliti. Sampai bila nak berkembang, mengendong beban yang semata difikirkan. Tak bergerak, tatkala rasa keterbatasan itu.

Kat atas ni gambar kami semasa Part1 (2011). Semester bermulanya sebuah perkenalan. Mereka2 inilah yg sentiasa tak lekang memberi aku semangat waktu suka dan duka aku hidup di alam universiti selama ni. Aku kuat, aku tak rasa sunyi, aku tabah kerana aku punya dieorg. Sakit mana kita rasa, sukar mana kita rasa, ada org sekeliling yg penting bagi kite mnjadikan suasana itu lakaran kenangan manis masa silam yg tidak patut hanyut tenggelam, dilupakan sewenang-wenang.
0 ulasan: