Friday, 26 October 2012

0

CORETAN 2- Niat baik buruk





Bismillahirrahmannirrahim..

MALAIKAT TIDAK MENCATAT JIKA KITA BERNIAT UNTUK MEMBUAT DOSA.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan:Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.


Hadis Ibnu Abbas r.a:Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w tentang hadis Qudsi yang baginda riwayat daripada Allah s.w.t di mana Allah telah berfirman: Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan. Kemudian baginda menerangkan hal itu: Sesiapa berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi tidak lagi melakukannya, maka Allah mencatatkan niat itu sebagai kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Jika seseorang itu berniat ingin melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatkan di sisi-Nya sepuluh kebaikan hingga sampai tujuh ratus kali ganda seterusnya hingga kepada gandaan yang sebanyak-banyaknya. Jika seseorang berniat ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya. Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan lalu melakukannya maka Allah mencatatnya sebagai satu amalan kejahatan sahaja.




   Sungguh Allah swt menyayangi hamba2Nya.. ape yang penting hambaNya ikhlas melakukan kerja dan ibadah.. Sungguhpon begitu, aku rase ade lg sesetengah orang yg tak mendalami ini. Kurniaan akal untuk berfikir, membezakan perkara baik dan buruk. ade masa yg buruk nampak baik dan ade mase yg baik itu nampak buruk. Angkara daripada nafsu. nafsu juga merupakan nikmat drp Allah swt. tanpa nafsu manusia seolah tiada perasaan. Pendapat aku, nafsu merupakan hiasan untuk membangkitkan perasaan manusia yg pelbagai. tunjang utama untuk membawa ia ke arah kebaikan ialah akal yg pula perlu dihiaskan dengan ilmu pengetahuan yg mendalam. sebagai umat Islam, ilmu agama itu penting. umat Islam perlu menyedari hakikat ini. Al-Quran dan hadis sebagai sumber utama memimpin manusia ke syurga. Akal, satu keistewaan ciptaanNya yg membezakan manusia dengan makhluk Allah swt yg lain. Sebaigai manusia, kita perlu bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri. Segala ciptaan Allah swt ade hikmahnya.. cuma manusia yg perlu menyingkap dengan teliti tentang kewujudan sesuatu perkara itu dan manfaatkannya sebaiknya.. Muhasabah itu penting. supaya manusia tidak lupa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Berilmu, Beramal dan Berbakti. Renung2kan la...







Thanks For Reading ^ ^ Thank You


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © . All Right Reserved by Siti Noramizah