Thursday, 25 October 2012

0

CORETAN 1- Dialog cinta dan zina





Bismillahirrahmannirrahim..

  Tak salah bercinta.. tapi hakikatnya apabila perempuan dan lelaki berdua2an pasti ade yg ketiganya, syaitan. menjadi pemangkin hawa nafsu..Semangnya syaitan laknatullah telah berjanji kepada Allah swt utk sentiasa mencari peluang menyesatkan umat manusia khususnya umat Islam. Acap kali kte diperdengarkan berita2 hangat tentang pembuangan bayi di kaca televisyen,muka depan akhbar. itu belom lagi yg tidak dipaparkan. Ramainya kelahiran anak luar nikah.. sayu dan sakit hati anak itu apabila mereka sudah besar kelak.mereka tidak salah,tidak tahu apa2. tapi hukuman itu diberi kpd mereka. gelaran anak luar nikah, adalah panggilan yg sangat menyakitkan.. ia diiringi dgn pandangan2 hina serta bibitan bisikan kata2 pedas daripada masyarakat sekeliling. Biarpun pasangan itu berkahwin kesudahannya, namun patutkah wujud anak yg bertarafkan tiada bapa pada sijil kelahirannya? sedangkan jalan yang halal itu ada. mengapa perlu tergesa2 mlakukan perbuatan  haram itu sedangkan sesudah kahwin ia halal lagi mendapat pahala.semuanya angkara syaitan. tapi manusia, milik akal yg tuhan kurniakan, ilmu utk memperkukuhkan iman di dada bagi membezakan perkara yg baik dan buruk. Tanpa padoman diri, remaja yg kurang diberi perhatian mugkin akan mudah hayut dibawah pimpinan cinta yg sepatutnye menjadi dasar hakiki untuk memilki kebahagiaan kelak bersama2 dengan kasih syg yg telah dibina antara dua insan..

Kepada Remaja, khususnya. kamu adalah pelopor generasi akan datang. daifnye akhlak masyarakat kelak adalah kerana kamu! yg melahirkan anak2 haram, tiada benteng hakiki untuk keinsafan itu hadir. yg melahirkan jiwa manusia yg tidak takut akan dosa. Lagak gaya barat yg digahkan dipersadanya. itu bukan etika org Islam. syariat yg diutmakan. bagaimana untuk kekal dan naikkn taraf Islam itu. Makna islam itu sendiri perlu dihayati setiap pelusuk jiwa manusia kini. Kalau bukan remaja kini, siapa lagi yg akan menjadi pencanang kepada mutu yg tinggi dalam nilai peradaban manusia kelak.

Remaja perlu sedar ini.remaja perlu tahu ini.makna sebenar cinta. Cinta. bukan duri.Cinta tidak menghukum.Cinta itu indah. Cinta adalah perasan yg luhur. lahir dengan sendiri. tak perlu dipaksa.sifat cinta, lembut. ikhlas.pnuh kebaikan. usah dipersalahkn cinta. jangan sesekali menyalahi cinta. Cinta bukannya sebab untuk melakukannya. Renung2kan la....


Cinta : kamu bukanlah aku, dan aku bukanlah kamu... Kita benar-benar berbeza antara satu sama    lain..

Zina : syaitan yang selalu menyuruh manusia untuk menganggap aku dan kamu adalah sama. Dia  
 akan membisikkan manusia agar mereka mahu melakukan zina, sebagai bukti adanya  kamu. Mereka  mengatakan, "kalau kamu cintakan aku, marilah berzina dengan ku." 


Cinta : kamu tiada kaitan denganku. Kerana kalau manusia benar-benar tulus mencintai, dia akan menjaga dirinya. Dia tidak akan merosakkan diri dan kehormatannya. Aku dibentuk dari   sebuah ketulusan  untuk mencintai, kelembutan untuk menyayangi, dan keadilan untuk saling bersatu hati. Sementara kamu dibentuk oleh nafsu terlarang, keinginan yang jahat  dan bisikkan syaitan yang menyesatkan.....

Zina : tapi mereka banyak yang melakukannya atas nama cinta!!! 


Cinta : bohong. Jika mereka mengatakannya seperti itu, semuanya hanyalah palsu belaka. Tidak ada cinta dalam zina. Kerana zina hanya akan merosakkan ketulusan cinta, seperti  rosaknya sebuah bangunan kerana sebiji bom.

Zina : mereka katakan zina akan menguatkan cinta mereka...

Cinta : oh, tidak. Sama sekali tidak. Zina hanya akan merosakkan hubungan mereka. Cepat atau  lambat,   hubungan mereka pasti akan berakhir. Kerana setiap perkara yang baik harus dimulakan dengan kebaikan.








Thanks For Reading ^ ^ Thank You


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © . All Right Reserved by Siti Noramizah